Rabu, 18 April 2012

Berus Gigi Pilihan Saya



Assalamualaikum  &  Hello ..
Ok hari ni saya nak cerita pasal berus gigi pilihan saya. Saya memang suka membeli dan sekaligus mencuba pelbagai jenama berus gigi yang di kedai. Dulu-dulu saya boleh buat spekulasi sendiri plak kalau harga berus gigi tu mahal maknanya berus gigi itu paling bagus untuk kita gunakan hihihi .. 

Sekarang ni selepas mempunyai pengalaman menggunakan braces selama 2 tahun iaitu pada tahun 2007 hingga 2009 boleh dikatakan saya pandai juga dalam memilih berus gigi yang paling selesa dan mesra pengguna saya rasakan. Maaf jika ada citarasa diantara anda yang berbeza dengan saya ya. Ini sekadar pengkongsian dari keselesaan  penggunaan berus gigi yang pernah saya guna dan menjadi pilihan saya kini.

Antara 3 jenama berus gigi yang bagus strukturnya untuk digunakan bagi saya adalah Jordan, Colgate dan Systema. Kalau ikut rangking berus gigi yang terbaik pulak saya senaraikan seperti gambar dibawah :

1)     Systema  

  • Hujng berus tirus 0.02mm bersamaan 1/20 saiz hujung berus gigi biasa,        membolehkannya menembusi celah gusi dan gigi dengan lebih dalam.
  • Menanggalkan > 80% untuk 9X lebih bersih
  • Amat sesuai untuk gigi sensitif tanpa berasa ngilu apabila terkena pada bahagian gigi sensitif dan kalau terkena gusi pun sama sekali tidak rasa sakit atau mengakibatkan luka.
  • Kepala berus yang kecil mampu untuk mencapai gigi gerham di belakang sekali.



 
2        
*Pilihan saya Systema Comfort (Medium Soft) RM 6.90

                2) Jordan
  • Berus gigi Jordan ni pilihan saya yang ke2 kalau saya dan pusing semua kedai kemudian tiada berus gigi systema (eh! bole plak systema tiada jual, tinggal ulu mana la plak ni hihihi)   
  •     Maksud saya sebelum kenal berus gigi systema yaa. Jika anda memilih berus gigi Jordan yang medium bagi saya cucian gigi juga agak bersih walaupun harus menggunakan floss selepas memberus untuk mendapatkan kebersihan yang tip-top. Tangkai berus yang keras dan saiz yang sederhana memudahkan untuk kita memegang tangkai berus ni.





           3) Colgate 

Pilihan ke3 saya Colgate sebab harganya yang MAHAL! lepas tu struktur pada berus tu owner Colgate ni kreatif sangat sampai bubuh getah la, berus lidah la, siap bagi nama 360° la .. ala-ala 3 in1 camgitu. Ini mungkin antara faktor berus gigi ni mahal sedangkan kita boleh buat semua tu dengan berus gigi biasa ja pun.







  •       Floss gigi  jangan lupa juga, sebab berus ja memang tak bole bersih. Getah  kat tengah berus tu yang kononnya dapat bagi kebersihan 360 tu sakitnya la kalau kena gusi. Sampai boleh luka lagi, ni cerita dari pengalaman ni tau .. phuffff~


    Walaubagaimanapun kalau anda berkemampuan atau tidak kisah untuk melabur duit bagi sesuatu yang lebih berkualiti malah penggunaannya dengan jangka masa panjang untuk membeli berus gigi, saya cadangkan untuk anda memiliki berus gigi Elektronik OralB Vitality (RM175). 

       Walaupun harga berus gigi ni agak mahal tpi amat berbaloi penggunaannya. Gigi kita ni bukan macam rambut, kuku, kulit walau jadi apa pun sekurangnya boleh jugak dibaiki. Pata sekai memang tak tumbuh lagi hihihi~ 


      Lebih baik buat pelaburan sikit untuk membeli berus gigi dari pegi klinik gigi lagi mahal tau, cek ja dah kena RM10 belom tampal gigi lagi .. haaa ambik ko RM200-300!


       Berus gigi ni jugak boleh dikongsi lebih dari seorang individu. Cuma gantikan kepala berus yang mudah alih tu setiap penggunaan individu lain ^^V


  •     Tempoh memberus gigi yang lebih singkat atau sekitar 2minit sahaja mampu membersihkan gigi sebanyakkan 90%!

  • Penggunaan ubat gigi yang sedikit (bajetla 1 pack ubat gigi mampu bertahan dalam 3 - 5 bulan)

  • Tidak ada lagi masalah tertelan ubat gigi

  • Tidak perlu lagi menekan berus gigi sehinnga tangan lenggih dan mengalami masalah gusi berdarah

  • Hari yang mana ada rasakan gigi anda lebih bersih dan LICIN berbanding hari-hari lain =)







  • p/s entri ni sama sekali tidak mempromosikan secara jualan pada mana-mana jenama. Sekadar ingin berkongsi kepada pengguna untuk memilih barangan yang lebih berkualiti. Walaupun pada harga yang lebih murah atau memilih barangan yang mahal tapi berkualiti untuk penggunaan jangka panjang. Terima kasih kepada Mr.Google untuk sumbangan setiap gambar


    1 ulasan: