Sabtu, 31 Mac 2012


Hanya hamparan tulisan kosong dari aku untuk pertama kali ini.
          Hari ini 31 Mac 2012 jam 23:40 akal ku melangkah dalam satu ilmu baru ke dunia blogging (Newbie). Mengakui aku agak ketinggalan dalam menyusuri ke planet ini. Semasa aku di tingkatan 5 pada tahun 2003, saat orang lain sibuk dengan mIRC (Internet Relay Chat Client) aku sama sekali tidak kenal spesis apakah mIRC itu yang digilai mereka. Semasa aku di Universiti pada tahun 2006 saat orang lain gilakan Friendster (Global Social Network) sekali lagi aku tidak kenali spesis apakah yang di gilai para mahasiswa/i yang sampai adakalanya mencetuskan fenomena yang luar biasa seperti orang biasa tiba-tiba menjadi artis, lahirnya rasa jeles bagi segelintir Alien, boleh menjalin persahabatan baru malah pelbagai lagi suasana baru yang baru untuk aku terokai. Masa terus berlalu untuk kesekian kalinya aku ketinggalan lagi pesawat UFO untuk ke Planet Cyber pada tahun 2008. Saat orang lain sibuk dengan Facebook aku sama sekali tidak tahu apa-apa, yang mana pada saat itu aku baru belajar untuk bermain dengan Friendster. Setahun kemudian pada tahun 2009 barulah aku Sign Up Account untuk berangkat ke Planet Facebook
           Memperhebatkan lagi tulisan aku malam ini aku ingin juga berkongsi bahawa aku baru kenali Computer dengan lebih mesra pada pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Universiti. Teruja yang teramat melihat video di YouTube dan ada rakan yang mendownload movie, drama dan beberapa video pendek yang sama skali aku tidak pernah tengok!!! (SAKAI) Saat keterujaan tahap tertinggi ketika ada kawan memberikan Full Episode Drama Korea (Full House). Drama Korea pertama menjadi kegilaan aku dengan perasaan .. Yahooooo!!! Masyaallah bestnya aku rasa ketika itu. Dik kerana  terlalu sakai untuk menaip disebabkan baru pertama kalinya ada Laptop sendiri untuk menaip selambar karangan di Laptop pun mengambil masa selama 3 jam aku kira. Sehingglah saat ini aku berusaha melangkah demi selangkah. Kini aku tidak perlu lagi melihat keyboard untuk menaip apa pun, cukup sekadar melihat skrin di Laptop dan mejeling sesaat di hujung jari ku saat memikirkan susunan idea ayat yang bermain di kotak fikiran ku.
         Konklusinya, blog ini aku wujudkan sekadar untuk mengisi masa lapang, berkongsi pendapat, mengeratkan silaturahim sesama insan, menambahkan ilmu pengetahuan aku tidak kira dalam apa ilmu sekalipun dan berkongsi pengalaman dengan sesiapa sahaja. Aku kira semua blogger mempunyai visi dan misi yang samakan. Insyaallah akan aku manfaatkan kehidupan aku di DUNIA CYBER ini bukan sekadar menjadikannya dairi harian tapi lebih kepada pendekatan yang lebih pragmatik. 

Salam Ukwah dari aku Umm Zuhyr .. Maassalamah =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan