Isnin, 22 Oktober 2012

Trachoma dan Hati



Assalamualaikum wbt.
     Sayunya hari ini bila mengetahui seorang dari pelajar saya menghidap peringkat awal penyakit TRACHOMA. TRACHOMA adalah penyakit mata menular. Penyebab penyakit ini berpunca daripada bakteria Chlamydia Trachomatis. Trachoma merupakan masalah global yang telah dihidapi lebih daripada 84 juta orang di 56 negara di seluruh dunia dan dianggarkan seramai 8 juta orang telah kehilangan penglihatan mereka disebabkan masalah trachoma ini. p/s secara ringkas penyakit ini boleh menyebabkan kebutaan.

     Untuk peringkat ini pelajar saya yang bernama Suhaimi, dia hanya mengalami sakit mata merah, berair dan bengkak. Awalnya saya ingatkan ia hanya sakit mata biasa, sehinggalah hari ini Abang kepada Suhaimi datang kesekolah mengambil (surat hopital sekolah) untuk membawanya ke rawatan dan pemeriksaan selanjutnya. Saya sedia maklum dengan penyakit ini dari tontonan Channel Discoverey, tapi OUT OF MY BOX this diseases happen surrounding my life

     Perkongsian abang Suhaimi bersama saya dan dua rakan guru lain sangat menghayathati bahawa kakak kepada Suhaimi juga telah menghadapi penyakit ini. Semasa di sekolah rendah kakak Suhaimi mempunyai penglihatan yang normal, sehinggalah perlahan-lahan gejala penyakit ini berlarutan dengan mata merah, berair dan bengkak seterusnya rabun dan akhir sekali hilang penglihatan kedua belah mata. Kini kakak Suhaimi belajar penggunaan Braille (tulisan timbul) pada usia 16 tahun seingat memori saya dari penceritaan tadi.

Balik rumah saya terus berjumpa Mr.Google untuk mengetahui penyebab penyakit ini. Antaranya :
1. Kualiti air bersih yang kurang
2. Personal hygiene
3. Kemiskinan
4. Kepadatan penduduk
Tanx Mr.Google i just love you!

Objektifnya saya berkongi ini adalah untuk peringatan, kesedaran atau kepekaan terhadap hidup akan Masihkah saya tidak mahu BERSYUKUR dengan segala nikmat yang Allah berikan. Normal dari segala segi fizikal dah rohaniah. Budak sekecil atau semuda Suhaimi baru berusia 10 tahun telah diuji dengan penyakit sebegitu besar bagi saya untuk di tanggung. Subahanaallah. Hanya kepada Allah saya memohon agar di ringankan ujian kepada Adik Suhaimi. Semoga Adik Suhaimi cekal dalam meneruskan kehidupan duniawi ini, Aameennn~

MEMO:
Saya hanya guru ganti selama 6 bulan di sebuah sekolah pekan di bahagian utara Sabah yang akan tamat tempoh mengajar pada 9hb Oktober 2012 ini. I LOVE KUDAT :)

Isnin, 23 Julai 2012

TARAWIH DAN IMAM EKSPRESS!




Pandangan yang ikhlas dari saya dalam menunaikan Solat Sunat Tarawih. 
    Para imam perlu bijak terhadap suasana jamaahnya. Imam yang terlalu laju akan menzalimi ma'mum atau terlalu lambat bagi saya adalah menyusahkan jamaahnya. Bersederhanalah. Imam yang memimpin terlalu laju sehingga dia sendiri melanggar hukum hakam tajwid al-Quran dan tidak menyempurkan thoma'ninah sehingga imam dan ma'mum kelihatan berkejar-kejaran. Bagi saya imam berlaku 'kejam' apabila membaca surah al-Ikhlas misalnya terlalu cepat tanpa memberi ruang kepada ma'mum membaca al-Fatihah mereka. Sepatutnya, dengan surah sedemikian pendek, imam tidak terus membaca surah al-Fatihah tetapi menunggu sebentar. Begitu juga sesudah membacanya, imam tidaklah terus menerus rukuk tanpa memperdulikan keadaan ma'mumnya. 
    Ironinya ramai pengemar Solat Tarawih Ekspress. Sedangkan mengerjakan solat secara thoma'ninah itu lebih baik dan dituntut lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ini.




Jumaat, 18 Mei 2012

IBU BAPA ASAS PENDIDIKAN ANAK


Assalamualaikum, Alhamdulillah kita masih bernafas di penghulu segala hari, iaitu hari Jumaat. Saya kembali bercerita di blog yang sememangnya tidak terkenal ini. Penulisan sekadar memenuhi kepuasan diri dan berkongsi pendapat. Tajuk yang ingin saya kongsikan adalah IBU BAPA ASAS PENDIDIKAN ANAK.

PENULISAN KALI KALI INI SECARA TIDAK FORMAL!

Saya pasti semua Mama Bapak mau anak pandai, baik, sopan santun, rajin belajar. Semua-semualah sikap positif durang mau dekat anak durang. Tapi masalahnya mama bapak ni tunjuk ka sikap positif dekat anak. Ikut pemerhatian dan pembacaan saya di zaman sekarang ni mama bapak pandai cakap jak tapi tidak pandai tunjuk perlakuan yang baik. Antara contoh :


1.      1.  Adik pegi baca buku baa, kau ni pemalas butul macam mana la mau lulus spm ni balik sekulah jak pigi jalan di pakan sampai ruma mandi trus keluar lagi cari kawan-kawan dan bla bla bla ...~

# atukui gaman macam mana la budak ni mau belajar kalau mama dia suru belajar time AF, American Idol, You think You Can Dance, Master Chef apa-apa la realiti show main di tv. Sudahla ruma kicil, pasang tv diruang tamu si anak buli dangar tu tv di bilik. Mana asikan mama tinguk tv si anak dalam bilik baca buku. Kalau mau anak pandai sama-sama la ba belajar. Anak sama mama bapak duduk satu tampat baca buku. Tapi jangan pulak si mamak baca majalah MANGGA adui sandi plak tu kan. Yang si bapak pulak jangalah baca majalah kereta atau motor lumba-lumba, kalau buli newspaper pun jangan. Asal namanya pembacaan hiburan la ba jangan baca time duduk sama  anak yang mau belajar. Mama bapak bacala ba buku ilmiah .. adui mau kasi tau lagi ka buku ilmiah tu macam mana, sandik jugak tu. Bagus ba kalau buli duduk sama anak belajar, bukan dia saja pandai tapi semua pandai. Kalau anak tidak paham buli kita kasi tunjuk terus apa-apa yang kita buli bantukan. Macam pacik mahathir bilang mesti baca buku setiap hari. Tapi kalau kita yang biasa membaca ni kan bukan ba mahathir saja yang cakap pasal penting baca buku ni tapi dalam Islam lagi awa-lawal sudah bilang penting menimba ilmu kan kan.

2.     2.  Anak: Mamak nahh keratas saya time exam tadi, kau tinguk baa dulu cara saya jawab ni angam ka tidak. Mama: Haisshh~ ko jangan kacau saya ba saya mau tinguk tv dulu ni gaman. Baa apa jugak lagi ko mau tinguk kartas exam ko tu, sdh limpas jugak .. ko baca saja lain kio.

# Adui bulibuli baa si mama bilang begitu sama anak dia. Tidak kasi semangat betul tau. Sekurangnya tinguk la ba dulu apa yang si anak cuba mau kasi tau. Mungkin kalau karangan la kan kita buli kasi idea ka lagi untuk durang perbaiki penulisan. Apapun la baa durang mau kasi tunjuk kita, kita mesti kasi tunjuk yang kita perihatin. Ini la sebab-sebab si anak rasa di sisihkan sebab mama bapak malas mau ambik tau hal anak. Tapi bila exam mau si anak cemerlang. Time ni jugak bila si anak rasa di sisihkan mula la durang cari ramai kawan diluar dan rasakan kawan-kawan lebih senang mau kongsi apa-apa.  Naaa terus ponteng sekula, merokok, bedating dan banyak la ba lagikan. Kalau saya tidak tulis pun kamurang buli tau. Kalau tidak tau pegi kamu jalan di CP (Center Point) hari minggu kamu nampakla tu ramai budak remaja jalan tanpa hala tuju. Eeeee .. geram saya! Tiba-tiba saya pulak yang emo ni.

3.       3. Anak : Mama saya kluar sikajap aa”. Mama : Pigi mana jugak ko malam-malam ni, isuk sekulahkan.  Anak : Tiada baa skejap saja saya pegi ruma si Onton. Mama : Ba baa jangan ko balik lambat aa”
     # Jam sudah pukul 11 malam si anak bulum balik ruma dan si mama relax jak. Si bapak sudah modop awal lagi pukul 10 mlm tadi. Mama relax saja tinguk tv cerita urang puti lawan-lawan sama timbak-timbak. Hero lagi ensembui adui tarus lupa baa sama anak dia si gaman. Si anak memang siuk jumpa kawa-kawan, tidak tau apa durang bikin, apa durang cerita. Ok apa durang cerita kita tidak paya tau 100% sebab bagi saya itu privacy. Tapi pastikan 50% dari cerita durang kita ambik tau. Saya jugak yakin 80% remaja yang keluar ruma dan spend time sama kawan durang lebih bercerita tentang isu keremajaan durang berbanding 20% remaja yang jumpa kawan untuk belajar atau becerita pasal pembelajaran. Paling smart sekali si anak balik jam 11pm tu si mama mara-mara kenapa balik lambat. Sepatutnya call la ba kan anak dia bila dia rasa time yang patut si anak tu duduk ruma sudah. Bagi saya buka yang penting tahap pencapaian anak dalam akedemik macam urang bilang, biarpun dia malas belajar tapi pandai jugak tu time exam. Bukan! bukan! bukan! ini yang penting. Kita mau semua seiring .. jangan pulak pandai belajar tapi akhlak cap ayam apa guna jugak pandai dunia saja tu.  Itu semua urang pun buli buat macam sapsap sui hahahaha.

Ok sekian, ini sajala perkongsian untuk kali ini .. semoga apa yang saya kongsikan bole menjadi rujukan bagi pembaca yang baca blog saya ni hehehe .. Ingatlah;

Anak pewaris di hari depan
Anak harta kita di hari depan
Anak penjaga kita di hari depan
Anak pelindung kita di hari depan
Anak mampu memberikan mahkota kepada kita untuk masa hadapan hari akhirat! Wallahhuaallam~

p/s .. penggunaan bahasa kali ini lebi kepada dialek Sabahan hihihi .. kalau ada bahasa yang tidak dapat difahami bole rogerroger i ok ..

Rabu, 18 April 2012

Berus Gigi Pilihan Saya



Assalamualaikum  &  Hello ..
Ok hari ni saya nak cerita pasal berus gigi pilihan saya. Saya memang suka membeli dan sekaligus mencuba pelbagai jenama berus gigi yang di kedai. Dulu-dulu saya boleh buat spekulasi sendiri plak kalau harga berus gigi tu mahal maknanya berus gigi itu paling bagus untuk kita gunakan hihihi .. 

Sekarang ni selepas mempunyai pengalaman menggunakan braces selama 2 tahun iaitu pada tahun 2007 hingga 2009 boleh dikatakan saya pandai juga dalam memilih berus gigi yang paling selesa dan mesra pengguna saya rasakan. Maaf jika ada citarasa diantara anda yang berbeza dengan saya ya. Ini sekadar pengkongsian dari keselesaan  penggunaan berus gigi yang pernah saya guna dan menjadi pilihan saya kini.

Antara 3 jenama berus gigi yang bagus strukturnya untuk digunakan bagi saya adalah Jordan, Colgate dan Systema. Kalau ikut rangking berus gigi yang terbaik pulak saya senaraikan seperti gambar dibawah :

1)     Systema  

  • Hujng berus tirus 0.02mm bersamaan 1/20 saiz hujung berus gigi biasa,        membolehkannya menembusi celah gusi dan gigi dengan lebih dalam.
  • Menanggalkan > 80% untuk 9X lebih bersih
  • Amat sesuai untuk gigi sensitif tanpa berasa ngilu apabila terkena pada bahagian gigi sensitif dan kalau terkena gusi pun sama sekali tidak rasa sakit atau mengakibatkan luka.
  • Kepala berus yang kecil mampu untuk mencapai gigi gerham di belakang sekali.



 
2        
*Pilihan saya Systema Comfort (Medium Soft) RM 6.90

                2) Jordan
  • Berus gigi Jordan ni pilihan saya yang ke2 kalau saya dan pusing semua kedai kemudian tiada berus gigi systema (eh! bole plak systema tiada jual, tinggal ulu mana la plak ni hihihi)   
  •     Maksud saya sebelum kenal berus gigi systema yaa. Jika anda memilih berus gigi Jordan yang medium bagi saya cucian gigi juga agak bersih walaupun harus menggunakan floss selepas memberus untuk mendapatkan kebersihan yang tip-top. Tangkai berus yang keras dan saiz yang sederhana memudahkan untuk kita memegang tangkai berus ni.





           3) Colgate 

Pilihan ke3 saya Colgate sebab harganya yang MAHAL! lepas tu struktur pada berus tu owner Colgate ni kreatif sangat sampai bubuh getah la, berus lidah la, siap bagi nama 360° la .. ala-ala 3 in1 camgitu. Ini mungkin antara faktor berus gigi ni mahal sedangkan kita boleh buat semua tu dengan berus gigi biasa ja pun.







  •       Floss gigi  jangan lupa juga, sebab berus ja memang tak bole bersih. Getah  kat tengah berus tu yang kononnya dapat bagi kebersihan 360 tu sakitnya la kalau kena gusi. Sampai boleh luka lagi, ni cerita dari pengalaman ni tau .. phuffff~


    Walaubagaimanapun kalau anda berkemampuan atau tidak kisah untuk melabur duit bagi sesuatu yang lebih berkualiti malah penggunaannya dengan jangka masa panjang untuk membeli berus gigi, saya cadangkan untuk anda memiliki berus gigi Elektronik OralB Vitality (RM175). 

       Walaupun harga berus gigi ni agak mahal tpi amat berbaloi penggunaannya. Gigi kita ni bukan macam rambut, kuku, kulit walau jadi apa pun sekurangnya boleh jugak dibaiki. Pata sekai memang tak tumbuh lagi hihihi~ 


      Lebih baik buat pelaburan sikit untuk membeli berus gigi dari pegi klinik gigi lagi mahal tau, cek ja dah kena RM10 belom tampal gigi lagi .. haaa ambik ko RM200-300!


       Berus gigi ni jugak boleh dikongsi lebih dari seorang individu. Cuma gantikan kepala berus yang mudah alih tu setiap penggunaan individu lain ^^V


  •     Tempoh memberus gigi yang lebih singkat atau sekitar 2minit sahaja mampu membersihkan gigi sebanyakkan 90%!

  • Penggunaan ubat gigi yang sedikit (bajetla 1 pack ubat gigi mampu bertahan dalam 3 - 5 bulan)

  • Tidak ada lagi masalah tertelan ubat gigi

  • Tidak perlu lagi menekan berus gigi sehinnga tangan lenggih dan mengalami masalah gusi berdarah

  • Hari yang mana ada rasakan gigi anda lebih bersih dan LICIN berbanding hari-hari lain =)







  • p/s entri ni sama sekali tidak mempromosikan secara jualan pada mana-mana jenama. Sekadar ingin berkongsi kepada pengguna untuk memilih barangan yang lebih berkualiti. Walaupun pada harga yang lebih murah atau memilih barangan yang mahal tapi berkualiti untuk penggunaan jangka panjang. Terima kasih kepada Mr.Google untuk sumbangan setiap gambar


    Sabtu, 31 Mac 2012


    Hanya hamparan tulisan kosong dari aku untuk pertama kali ini.
              Hari ini 31 Mac 2012 jam 23:40 akal ku melangkah dalam satu ilmu baru ke dunia blogging (Newbie). Mengakui aku agak ketinggalan dalam menyusuri ke planet ini. Semasa aku di tingkatan 5 pada tahun 2003, saat orang lain sibuk dengan mIRC (Internet Relay Chat Client) aku sama sekali tidak kenal spesis apakah mIRC itu yang digilai mereka. Semasa aku di Universiti pada tahun 2006 saat orang lain gilakan Friendster (Global Social Network) sekali lagi aku tidak kenali spesis apakah yang di gilai para mahasiswa/i yang sampai adakalanya mencetuskan fenomena yang luar biasa seperti orang biasa tiba-tiba menjadi artis, lahirnya rasa jeles bagi segelintir Alien, boleh menjalin persahabatan baru malah pelbagai lagi suasana baru yang baru untuk aku terokai. Masa terus berlalu untuk kesekian kalinya aku ketinggalan lagi pesawat UFO untuk ke Planet Cyber pada tahun 2008. Saat orang lain sibuk dengan Facebook aku sama sekali tidak tahu apa-apa, yang mana pada saat itu aku baru belajar untuk bermain dengan Friendster. Setahun kemudian pada tahun 2009 barulah aku Sign Up Account untuk berangkat ke Planet Facebook
               Memperhebatkan lagi tulisan aku malam ini aku ingin juga berkongsi bahawa aku baru kenali Computer dengan lebih mesra pada pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Universiti. Teruja yang teramat melihat video di YouTube dan ada rakan yang mendownload movie, drama dan beberapa video pendek yang sama skali aku tidak pernah tengok!!! (SAKAI) Saat keterujaan tahap tertinggi ketika ada kawan memberikan Full Episode Drama Korea (Full House). Drama Korea pertama menjadi kegilaan aku dengan perasaan .. Yahooooo!!! Masyaallah bestnya aku rasa ketika itu. Dik kerana  terlalu sakai untuk menaip disebabkan baru pertama kalinya ada Laptop sendiri untuk menaip selambar karangan di Laptop pun mengambil masa selama 3 jam aku kira. Sehingglah saat ini aku berusaha melangkah demi selangkah. Kini aku tidak perlu lagi melihat keyboard untuk menaip apa pun, cukup sekadar melihat skrin di Laptop dan mejeling sesaat di hujung jari ku saat memikirkan susunan idea ayat yang bermain di kotak fikiran ku.
             Konklusinya, blog ini aku wujudkan sekadar untuk mengisi masa lapang, berkongsi pendapat, mengeratkan silaturahim sesama insan, menambahkan ilmu pengetahuan aku tidak kira dalam apa ilmu sekalipun dan berkongsi pengalaman dengan sesiapa sahaja. Aku kira semua blogger mempunyai visi dan misi yang samakan. Insyaallah akan aku manfaatkan kehidupan aku di DUNIA CYBER ini bukan sekadar menjadikannya dairi harian tapi lebih kepada pendekatan yang lebih pragmatik. 

    Salam Ukwah dari aku Umm Zuhyr .. Maassalamah =)