Isnin, 22 Oktober 2012

Trachoma dan Hati



Assalamualaikum wbt.
     Sayunya hari ini bila mengetahui seorang dari pelajar saya menghidap peringkat awal penyakit TRACHOMA. TRACHOMA adalah penyakit mata menular. Penyebab penyakit ini berpunca daripada bakteria Chlamydia Trachomatis. Trachoma merupakan masalah global yang telah dihidapi lebih daripada 84 juta orang di 56 negara di seluruh dunia dan dianggarkan seramai 8 juta orang telah kehilangan penglihatan mereka disebabkan masalah trachoma ini. p/s secara ringkas penyakit ini boleh menyebabkan kebutaan.

     Untuk peringkat ini pelajar saya yang bernama Suhaimi, dia hanya mengalami sakit mata merah, berair dan bengkak. Awalnya saya ingatkan ia hanya sakit mata biasa, sehinggalah hari ini Abang kepada Suhaimi datang kesekolah mengambil (surat hopital sekolah) untuk membawanya ke rawatan dan pemeriksaan selanjutnya. Saya sedia maklum dengan penyakit ini dari tontonan Channel Discoverey, tapi OUT OF MY BOX this diseases happen surrounding my life

     Perkongsian abang Suhaimi bersama saya dan dua rakan guru lain sangat menghayathati bahawa kakak kepada Suhaimi juga telah menghadapi penyakit ini. Semasa di sekolah rendah kakak Suhaimi mempunyai penglihatan yang normal, sehinggalah perlahan-lahan gejala penyakit ini berlarutan dengan mata merah, berair dan bengkak seterusnya rabun dan akhir sekali hilang penglihatan kedua belah mata. Kini kakak Suhaimi belajar penggunaan Braille (tulisan timbul) pada usia 16 tahun seingat memori saya dari penceritaan tadi.

Balik rumah saya terus berjumpa Mr.Google untuk mengetahui penyebab penyakit ini. Antaranya :
1. Kualiti air bersih yang kurang
2. Personal hygiene
3. Kemiskinan
4. Kepadatan penduduk
Tanx Mr.Google i just love you!

Objektifnya saya berkongi ini adalah untuk peringatan, kesedaran atau kepekaan terhadap hidup akan Masihkah saya tidak mahu BERSYUKUR dengan segala nikmat yang Allah berikan. Normal dari segala segi fizikal dah rohaniah. Budak sekecil atau semuda Suhaimi baru berusia 10 tahun telah diuji dengan penyakit sebegitu besar bagi saya untuk di tanggung. Subahanaallah. Hanya kepada Allah saya memohon agar di ringankan ujian kepada Adik Suhaimi. Semoga Adik Suhaimi cekal dalam meneruskan kehidupan duniawi ini, Aameennn~

MEMO:
Saya hanya guru ganti selama 6 bulan di sebuah sekolah pekan di bahagian utara Sabah yang akan tamat tempoh mengajar pada 9hb Oktober 2012 ini. I LOVE KUDAT :)