Isnin, 23 Julai 2012

TARAWIH DAN IMAM EKSPRESS!




Pandangan yang ikhlas dari saya dalam menunaikan Solat Sunat Tarawih. 
    Para imam perlu bijak terhadap suasana jamaahnya. Imam yang terlalu laju akan menzalimi ma'mum atau terlalu lambat bagi saya adalah menyusahkan jamaahnya. Bersederhanalah. Imam yang memimpin terlalu laju sehingga dia sendiri melanggar hukum hakam tajwid al-Quran dan tidak menyempurkan thoma'ninah sehingga imam dan ma'mum kelihatan berkejar-kejaran. Bagi saya imam berlaku 'kejam' apabila membaca surah al-Ikhlas misalnya terlalu cepat tanpa memberi ruang kepada ma'mum membaca al-Fatihah mereka. Sepatutnya, dengan surah sedemikian pendek, imam tidak terus membaca surah al-Fatihah tetapi menunggu sebentar. Begitu juga sesudah membacanya, imam tidaklah terus menerus rukuk tanpa memperdulikan keadaan ma'mumnya. 
    Ironinya ramai pengemar Solat Tarawih Ekspress. Sedangkan mengerjakan solat secara thoma'ninah itu lebih baik dan dituntut lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ini.